Produk Frozen Foods Halal keluaran Muslim yang terkenal MyChef kini semakin mengembangkan sayap mereka ke serata Malaysia dengan memperkenalkan 8 jenis makanan sejuk beku halal untuk pilihan rakyat Malaysia. Produk Makanan Frozen Food Mychef Halal Muslim ini sememangnya diakui antara jenama halal terbaik di Malaysia walaupun hanya beroperasi lebih kurang 5 tahun.
MyChef Malaysia yang diterajui oleh bumiputera dan Muslim Halal kini menawarkan pilihan makanan sejuk beku yang ‘punyai rasa asli’ kepada rakyat Malaysia. Produk makanan sejuk beku seperti ini antara pilihan makanan sihat yang sebenarnya lebih sihat dari menu makanan biasa.
Makanan Frozen Food Mychef Halal Muslim
8 jenis produk terbaru dari keluaran MyChef Malaysia. Antara produk dikeluarkan ialah MyChef Swedish Meatball, MyChef Lasagna dan juga Chicken Tandoori Wrap dan lain-lain.
Makanan sejuk beku seperti ini memang mudah untuk disediakan. Anda cuma perlukan Oven atau ketuhar gelombang micro dengan kepanasan sekitar 180 darjah celcius dengan selama 4 – 5 minit. Kemudian ia siap untuk dihidang dan dimakan. Mudah sahaja…
Wrap Tandoori Chicken ini contohnya, amat mudah untuk dicuba. Dengan harga jualan runcit yang berpatutan, 2 set gulung Wrap Chicken Tandoori ini cukup untuk menu diet anda di waktu tengahari atau malam.
Ccara packaging MyChef Malaysia ini juga agak kemas dan menarik. Ia nampak ‘premier’ dan ada standard.
Produk MyChef ini dikeluarkan oleh syarikat Flavor Innovation Sendirian Berhad (FISB) yang telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 4 Mac 2011, beroperasi di Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan.
Untuk memastikan kualiti produk mereka, semua produk MyChef disahkan dan dikuatkuasakan dengan piawaian berikut:
- Pensijilan Halal oleh JAKIM
- ISO22000 oleh SIRIM
- MESTI oleh Kementerian Kesihatan, Malaysia
- HACCP dan GMP
Sumber Gambar: MrJocko |
Sumber Gambar: MrJocko |
Sumber Gambar: MrJocko |
FISB adalah 100% syarikat milik Bumiputera dan Islam. Ia juga merupakan pemilik dan pengeluar tersedia untuk makan makanan di bawah jenama MyChef. Produk ini diedarkan dan boleh didapati di pasar raya besar yang paling utama dan kedai-kedai mudah beli di seluruh Malaysia.
Bahagian marketing & sales MyChef Malaysia sedang dalam program memperkenalkan produk halal MyChef ini ke serata Malaysia. Mereka juga mengalu-alukan rakan niaga yang berminat untuk menjadi Stokis MyChef atau Agent MyChef di seluruh Malaysia.
Anda yang berminat untuk menjalankan perniagaan frozen foods halal MyChef ini boleh la menghubungi wakil MyChef Malaysia iaitu En Jamian Sarif +6012-2676091 atau En Roshamri Hassan +6012-3183994
Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi mereka di www.mychef.com.my
Sumber: MrJocko
0 comments:
Post a Comment